Wednesday, April 13, 2011

Drama Queen

Kita semua memang hebat dlm kisah menjaga hati. Menyedapkan hati. terutamanya hati sendiri. Kan? #kisah 1.--contohnya macam kau kata pada semua orang yang kau sudah tidak suka kan sesuatu. walhal sebenarnya, dalam hati benda yang kau tidak suka itu yang kau kejar kejarkan. kesian. Lakon layarmu hebat sang perempuan. Aku kesian je. Serious, kesian je yang tinggal sekarang ni. :)

Sunday, April 10, 2011

cupcakes.

Selamat pagi untuk kesemua kesayangan. :-* Dugaan datang dan datang dan datang. Masa terus berjalan, dan aku merangkak nak mengejar sisa sisa waktu yang tinggal tak seberapa ni. Kejar lah kerja, kejar lah kerjaya, kejar lah kebahagiaan. Aman. Semua macam terletak rapi. *senyum* Untuk pacar paling amazing i've ever dated, maaf untuk kekurangan masa. I promise you, once you come back to malaysia, kita akan spent time together sampai muntah muntah. terima kasih untuk pemahaman yang sangat menebal. telefon pintar ni dah kena pergi hantar format. Lepasni kita boleh contacting each other 24/7 like before. Soon ! Kereta, tunggu yeh bulan depan kita couple. kehkeh

Sunday, April 3, 2011

stand for the right.

Takde satu manusia pun yang tak pernah buat salah. itu normal. Jarang-jarang yang buat salah, nak mengaku salah. Susah bagi orang yang dah buat salah, nak berhenti buat salah. Sakit bila kena tuduh jadi orang bersalah. Letih nak kedepan dan suarakan hak untuk yang tak bersalah. That's what we called "pengalaman hidup". Ia mematangkan. Ia senjata paling padu untuk kita terus berjuang nanti. Selagi namanya kita ni manusia yang masih bernafas, selagi itu kita tak boleh lari dari melakukan kesalahan. Kesalahan yang kecik bagi kau, mungkin besar maknanya buat aku. Kita semua belajar dari kesilapan, pengalaman. Kain putih yang dah tersalah corak, susah nak putihkan balik. Clorox maybe jawapan paling tepat? -___- Ambik lah 'betul' awak tu, dan saya ambik 'salah' saya. Sebab, 'salah' saya tu adalah maruah saya. Menanglah untuk awak. Kalah lah sy demi maruah saya. Peace. *tarik selimut* Zzzzzz.

Saturday, April 2, 2011

Selamat sejahtera.

Ditemani kopi berasap dan bau wangi. My wake up call from Jakarta. Goodmorning earthlivings. Eyqa is currently unavailable.

Sunday, March 20, 2011

Bye Jacob.

Mulai esok, akan ada satu benda yang aku tak suka dan yang paling aku kena elakkan. Punca, i hate you from the core.

Edward, come to mama.

Saturday, March 19, 2011

Use brain, not brawn.

Alhamdulillah takde satu pun orang Malaysia yang terkorban dalam tsunami. Maksudnya auntie dan keluarga selamat disana. Malaikat mengangkat doa nani kepada tuhan barangkali. Doa juga salah satu kaedah berbentuk bantuan tahu? Untuk setiap apa yang kita suka atau tidak suka, sila berdoa.

Yes, cakap pada tuhan. Kalau kau ikhlas, kau betul, kau teraniaya, dia akan dengar.

Setiap hari pergi kerja, niat memang pergi kerja cari rezeki. Bukan niat nak goda suami orang, boyfriend orang atau tunang orang. Heuheu. Test script bersepah, test plan menggunung, projek jadi makin huru hara. Setiap hari datang kerja, kena ingatkan orang kiri, orang kanan, buat kerja elok-elok. kalau tak, aku yang mampus kena marah dengan boss. Buang clumsy, buang gossiping, buat kerja masing-masing . Takdelah kisah nak naik pangkat jadi harapan tinggal kenangan. Ye dok?

Menghambakan diri pada kerja seawal pagi, menyebabkan aku langsung tak sedar apa yang berlaku kat sekeliling. Tahu tahu dah lunch time, tahu tahu dah nak balik. Sebab tu bila I dapat message bukan-bukan yang I rasa kurang berkepentingan, I akan abaikan. Ekceli I nak reply tapi I was like, “lek lek luu nanti reply lah”. Postponed punya postponed, I lupa. Isu jadi makin besar. Forwarding method berleluasa. Pening, penat, tak faham kehendak, I pun tidur. I bukan nya sengaja buat macam “mampus korang lah”. No, I penat seriously. I nak fikir pun otak I reject sebab dia dah penat diperah dari pagi.

Even better if I tak amik tahu I guess. Walaupun nama I di gadai sana sini, I macam, “lek lu eyqa. All is well”

Sampai satu masa, I macam “lek lu lek lu sampai bila?” wak lu.

Aku dah agak, cubaan untuk memulihkan keadaan yang penah berantakan, takkan Berjaya. Jangan cuba, sebab takkan berhasil. Tapi jenis keturunan nak berbaik jugak, cubaan jadi satu usaha untuk tarik orang ni pergi dekat orang ni so that kita semua akan rasa selesa. Yang dah selesa, tak pernah nak bersyukur. Salah, tapi tak Nampak. Okay takpe, kita biarkan dulu.
Kalau nak guna cara musyawarah, guna dari permulaan cerita. Bukan dah pumpampumpam, lepastu baru sibuk nak kumpul geng baru sibuk nak ajak musyawarah. Salah lagi. Okay, buat diam je. Dah hentam sana sini, harini mintak maaf esok sembur lagi dengan ide baru. Memang terbaik. Aku taktahu apa-apa tiba-tiba semua sial sial terpalit kat aku. Diam bukan bererti aku tengah angguk angguk kepala “ya maaf, aku yang salah. Maaflah, aku yang salah”.

Aku ada agenda lain? Okay fine. Haktuiih.

Selagi benda ni aku layan, makin membabi jadinya. Kita semua kena mengaku je yang kita kita ni semua memang tak baik mana, memang lahir lahir je dah berdamping dengan yang namanya perangai pukimak. Depan cakap lain belakang cakap lain, itu biasa. Kawan tikam kawan sendiri, itu perkara biasa. Kawan yang bila susah mengaku kawan bila senang, buang kawan, itu jugak biasa. Kawan yang tak pernah ikhlas memaafkan kawan dan bajet bajet tuhan nak hukum kawan padahal dia sendiri belum tentu betul, itu biasa.

Tapi kalau yang sanggup ditipu dan dianiaya berulang ulang kali, itu luar biasa.

Benda kalau berguru dengan si penipu akan terdidik menjadi penipu. Dan, benda yang dimulakan dengan penipuan, akan menghasilkan penipuan penipuan yang seterusnya. Sampai dah tak dapat nak beza, ni tipu ke tak tipu ke tipu ke tak ni? Kalau nak cukupkan rasa sakit hati, boleh je tambah tipu lagi tapi aku macam “perlu ke?”. Tidak. Jadi biarkan yang lain lain terus menyalak dan jauhkan diri dari yang berkeadaan cenggitu, tak perlu bela diri. Biarkan orang nak kata apa, tak perlu sujud kaki tak perlu tunjuk berani kau-sound-aku-aku-sound-kau-balik.

Kita diam, kita muhasabah diri, kita tunding jari dekat kepala sendiri. Tengok macam mana pergi.

Terlalu remeh untu aku berduka, terlalu tak berperasaan kalau nak kata aku tak kecewa. Cuma aku dah penat, macam kau penat, macam dia penat. Aku angkat bendera putih. Perjuangan nak berbaik tu macam tak direstui. Aku angkat kaki, aku dah malas nak tonton drama tak berbayar ni lagi.

All of you will be fine then. Happy freemason day, guys.

wiwuwiwu. Im a girl with a brain. I just need a pen and a piece of paper to survive. The love is gone between all of us. Bye.

Monday, March 14, 2011

O-M-Gee,

All is well, all is well. *right hand on the chest*

"pekak kan telinga, keraskan hati" (Sya Halid, 2011)

All the satans,
please have FUN.

Sunday, March 13, 2011

Dumb and Dumber.

Untuk aku kecohkan yang aku sedang berada dalam level paling selesa, selamat dan bahagia apa jadah bagai, bukanlah satu tindakan yang bijak. Dan untuk aku war war kan yang aku sedang

Aku belajar sesuatu iaitu kalau kita nak gembira, nak bahagia, pastikan tak ada orang yang akan bersedih atas kebahgiaan yang kita cipta tu. Kalau tidak, kebahagiaan tu takkan lama.

Dan bila kita sedang bahagia, tak perlu terlalu show off. Tak perlu bagitahu satu dunia yang kita manusia paling gembira, paling bahagia. Sebenarnya, tidak. Habis semua social networking kita nak update, kita nak jaja.

Bila semuanya berakhir duka, habis semua puisi cinta kita nak baca. Habis semua pekung kita nak buka. Orang yang kita pernah sayang, kita aibkan. Jangan lah membangsatkan keadaan dengan cuba memperbodohkan diri dan orang lain.

I am 22 years old girl now. Dan secara jujurnya aku tak punya banyak masa untuk layan benda-benda macam ni lagi. Aku takkan terjun dalam lubang yang sama untuk kali kedua.

Take it or just leave it. Jangan bazirkan terlalu banyak masa.

Dont you think i am brilliant now?

Tuesday, March 8, 2011

Saturday, March 5, 2011

Cintas.

When it comes to heart and feeling, aku menjauh. Sebab sebagai perempuan yang pernah jatuh hati - tercalar hati - lembut hati - patah hati - dibunuh hati, aku menjadi terlalu berhati-hati. Terlalu berhati-hati. I still can remember his last point during our conversation last week, "You're just too paranoid,".

And i think so.

Bila kita bercakap pasal hati, secara jujurnya aku selalu cakap pada tuhan supaya jangan letakkan perempuan lain atas jalan aku. Aku harap takkan ada cewek lain atas bumi ni yang hatinya macam aku, which is dah takde hati. Keras. Kering. Nothing goes in and out.

Ini kerana aku pernah jatuh dalam lubang paling dalam tak lama dulu. Payung yang begitu kembang, hilang tiba-tiba. Hati aku pun tak sempat nak rasa terkejut. Drastik. Hari-hari aku lepastu macam kosong. Nothing. Menangis aku tercarik-carik mana kasut yang boleh aku sarung untuk terus berjalan.

Untuk lupakan seseorang, kita kena buang kurositi. And yes, aku berjaya untuk tak ambik tahu pasal sesiapa waktu tu. Soul aku terbang jauh sebab tu hati aku mati. I just need time to heal.

Sebagai perempuan yang diwariskan dengan hati lembut, aku mungkin tercair balik satuhari nanti. Aku yakin dengan skrip tulisan Yang Maha Agung. Tuhan wujudkan peristiwa-peristiwa sekeliling aku yang sangat banyak mengajar untuk lebih berhati-hati.

Dulu aku bersedih-sedih sampai hampir mati. Tapi aku fikir, jangan mati dulu sebab aku akan mencetus kematian untuk yang lain-lain. Get over the past, aku mulakan hidup tanpa hati sampai hari ni.

Sampai lah ke saat ini, tiba-tiba aku kembali berhati. Berhati bila ada lelaki biasa-biasa yang begitu amazing.

Kau itu dah aku rasakan seperti tanggungjawab aku. (Lelaki Charming, February 2011)

Tuesday, March 1, 2011

Consequence Management.

Ikhlas, anti-hipokrasi, waras & cukup true ?

Selamat datang ke atas kapal paling mewah, true and sexy. Dekat sini aku mengamalkan konsep mewah dengan true love and sexy macam white/red roses. Kapal yang aku bina dengan penuh rasa cintas ini, akan sentiasa menerima passenger dari serata dunia. Aku akan bawak kau kau semua pergi jauh jauh dari lautan manusia yang jenis keturunannya bikin-orang-susah.

Iam welcoming Sesiapa yang memenuhi syarat dan rasa memerlukan vacation untuk buang karat-karat otak atau hati. You can join me here. Kita buat style orang orang kayo yang bila datang satu dua masalah, kita pergi vacation. Lets go on cruise. For this time only, anyone boleh cuti on the cruise tanpa keluar se sen pun. Hanya dengan mengunjungi el-ship, kau orang dah boleh rasa macam seorang VVIP. You can choose wether nak jadi seorang Dato'/Tan sri yang go on cruise dengan skandalnya, or seorang datin/ datin sri yang go on cruise bersama anak ikannya. Cukup kaya tak? Cukup geli tak?

Aku nak war war kan yang aku punya banyak love and roses dekat sini. So, sesiapa je yang singgah sini akan aku hadiahkan true love and sexy roses untuk setiap seorang. Nak tak nak tak? Nah, ambik tix ni sorang satu.

Toksah nak malu sangat ah. Gua bentang red carpet siap-siap.

Xoxo,
tuan-love-and-roses,
eyqalee.