Saturday, March 5, 2011

Cintas.

When it comes to heart and feeling, aku menjauh. Sebab sebagai perempuan yang pernah jatuh hati - tercalar hati - lembut hati - patah hati - dibunuh hati, aku menjadi terlalu berhati-hati. Terlalu berhati-hati. I still can remember his last point during our conversation last week, "You're just too paranoid,".

And i think so.

Bila kita bercakap pasal hati, secara jujurnya aku selalu cakap pada tuhan supaya jangan letakkan perempuan lain atas jalan aku. Aku harap takkan ada cewek lain atas bumi ni yang hatinya macam aku, which is dah takde hati. Keras. Kering. Nothing goes in and out.

Ini kerana aku pernah jatuh dalam lubang paling dalam tak lama dulu. Payung yang begitu kembang, hilang tiba-tiba. Hati aku pun tak sempat nak rasa terkejut. Drastik. Hari-hari aku lepastu macam kosong. Nothing. Menangis aku tercarik-carik mana kasut yang boleh aku sarung untuk terus berjalan.

Untuk lupakan seseorang, kita kena buang kurositi. And yes, aku berjaya untuk tak ambik tahu pasal sesiapa waktu tu. Soul aku terbang jauh sebab tu hati aku mati. I just need time to heal.

Sebagai perempuan yang diwariskan dengan hati lembut, aku mungkin tercair balik satuhari nanti. Aku yakin dengan skrip tulisan Yang Maha Agung. Tuhan wujudkan peristiwa-peristiwa sekeliling aku yang sangat banyak mengajar untuk lebih berhati-hati.

Dulu aku bersedih-sedih sampai hampir mati. Tapi aku fikir, jangan mati dulu sebab aku akan mencetus kematian untuk yang lain-lain. Get over the past, aku mulakan hidup tanpa hati sampai hari ni.

Sampai lah ke saat ini, tiba-tiba aku kembali berhati. Berhati bila ada lelaki biasa-biasa yang begitu amazing.

Kau itu dah aku rasakan seperti tanggungjawab aku. (Lelaki Charming, February 2011)

1 comment: